افابيلا مليهت اورغ ملاكوكن كجاهتناتاو مموهون كاءمفونن الله
افابيلا برجنجي دان مغهارفكن سسواتو درفد سساءورغ
jom lihat set induksi jenis- jenis ucapan yang baik.....
Jom kita nasyid
Sekapur sirih….
Segala pujian bagi Allah S.W.T seruan seluruh alam. Selawat dan salam,keatas junjungan Nabi Muhammad S.W.T dan para sahabatnya. Dengan kurnianya dapat juga saya menyiapkan blog bagi subjek Telekomunikasi Dan Rangkaian (SPPM1012) ini dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan. Sekalung terima kasih Saya ucapkan kepada pensyarah bagi subjek ini En Abdul Razak Bin Idris yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang sangat berguna kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini
KISAH AKHLAK TERPUJI DAN PERIBADI TERHEBAT RASULULLAH SAW :
NABI Muhammad saw adalah contoh akhlak terbaik umat manusia. Keperibadian mulia dan murni Baginda ditunjukkan dalam segenap kehidupannya. Dalam hal ini, Baginda turut mempamerkan akhlak dan keperibadian mulia dalam urusan rumah tangga. Rasulullah tidak terlalu membebankan isteri-isteri Baginda dalam menjalankan tugas mengurus rumah tangga. Contohnya, jika ada pakaian koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isteri di dapur. Saidatina Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumah tangga.
"Jika mendengar azan, Rasulullah segera ke masjid dan cepat-cepat pula kembali selepas selesai sembahyang." Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk dimakan.Makanan yang mentah pun tidak ada kerana Aisyah belum ke pasar. Maka, Nabi bertanya: "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Aisyah yang bererti 'wahai yang kemerah-merahan').Aisyah menjawab dengan agak serba salah: "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata: "Jika begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal pada wajahnya.
Sebaliknya, Baginda sangat marah jika melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur: "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gentar: "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi. "Aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" tanya Rasulullah lagi. Pernah Baginda bersabda: "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawaduknya Baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat. Dilihat oleh sahabat, pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup, seolah-olah sendi tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda. Selepas selesai bersembahyang Umar bertanya: "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar," balas Baginda. "Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan pada tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu kecil itu yang menimbulkan bunyi halus setiap kali Baginda bergerak. "Ya Rasulullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" tanya Umar. Lalu, Baginda menjawab dengan lembut: "Tidak sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Rasulullah hanya diam dan bersabar apabila kainnya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah pada lehernya. Nabi dengan penuh rasa kehambaan membasuh tempat yang dikencing si Badwi dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah, menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan daripada Allah, langsung tidak dijadikan sebab untuk Baginda berasa lebih daripada yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk Baginda. Namun, Rasulullah masih lagi berdiri pada waktu sepi malam hari, terus menerus beribadah hingga pernah terjatuh lantaran kakinya bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Apabila ditanya oleh Aisyah: "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab Baginda dengan lunak: "Ya Aisyah, bukankah aku ini hanya seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.
Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
Pengertian Akhlak menurut Islam
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenal pasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.
Mengikut Kamus Dewan
ia bermaksud budipekerti, kelakuan,watak,pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Mengikut Mafhum kata-kata Aishah yang dirumus dari sabda Nabi Muhammad s.a.w berkaitan akhlak Baginda:Seterusnya mengikut Istilah; segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan,apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup Menurut Islam pula ia beerti satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah³.
Jom kita lihat contoh- contoh akhlak mulia
Mendengar nasihat
Menjaga kebersihan
Rajin belajar
Membantu ibu di rumah
Dah lihat gambar, jom kita dengar nasyid akhlak mulia....