Selamat Datang Ke Halaman Blog Saya.

DOA- DOA PILIHAN

















































0 comments

DOA MEMOHON AKHLAK MULIA


0 comments

KATA-KATA HIKMAH









0 comments

*ADAB BERJIRAN*


*ADAB BERJIRAN*

PENGERTIAN BERJIRAN
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap penjuru.

DALIL
                                       
 Sabda Rasulullah SAW :

         مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ
    (متفق عليه )
      Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”




HIKMAT MEMELIHARA ADAB BERJIRAN

1.   Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
2.   Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.
3.   Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
4.   Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
5.    Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.

















IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN


    1.   Kehidupan tidak tenang.
    2.   Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
    3.   Terpinggir daripada masyarakat.
    4.   Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
    5.   Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir.

PENGHAYATAN  

1.   Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
2.   Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
3.   Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
4.   Mempunyai semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran.




    5.   Hak-hak jiran ke atas kita
    Dipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali.


1
. Mula memberi salam kepadanya.
2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal – ehwalnya.
3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegenmbiraan.
6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.




0 comments

ADAB BELAJAR






Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud :
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam”.

Sesungguhnya ilmu itu adalah nur (cahaya) yang dihidayahkan Allah SWt kepada hamba-hambanya yang Sholeh dan yang bersungguh-sungguh.. Maka sebelum kita masuk ke dalam suatu majlis ilmu ada beberapa hal yang semestinya kita perhatikan:

a. Jaga kebersihan badan dan pakaian dan hati. b. Berlaku sopan dan hormat kepada teman-teman, yaitu dengan mengucapkan salam dan berjabat tangan ketika berjumpa.c. Hormati dan dengarkan nasehat-nasehat ustadz karena dialah sumber ilmu ,seperti dokter bagi orang yang sakit. d. Bertanya kepada guru terhadap apa yang belum dipahami karena bertanya adalah pintu ilmu. e. Baca pelajaran dirumah, karena mengulang pelajaran akan memperkokoh pemahaman dan memperkuat ingatan. f. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepada Allah SWt supaya mendukung dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.



Adab-adab Ketika Belajar

* Membaca Doa Penerang Hati 
* Duduk dengan sopan
 
* Mendengar penerangan guru dengan teliti
* Berlumba-lumba untuk belajar
* Sabar ketika belajar
* Sentiasa mengulangkaji pelajaran
* Menghormati guru anda
* Mendisiplinkan diri Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
* Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
* Anda akan disenangi guru dan rakan
* Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar



Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar

* Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT * Dibenci oleh guru dan rakan anda * Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.


Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.







0 comments

ADAB SEBELUM TIDUR

Semua manusia memerlukan tidur. Dengan tidur manusia dapat berehat. Dengan berehat manusia dapat hidup dengan lebih sihat dan cerdas. Dengan tidur manusia dapat beribadat kepada Allah dengan lebih khusyuk lagi.. TAPI INGAT! JANGAN SAMPAI TERLEBIH TIDUR..

       Antara hadis yang menerangkan tentang adab tidur Rasulullah adalah dari riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: 
Jika kamu akan tidur maka berwudhuklah bagaikan kamu hendak solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (doa hendak tidur) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).
Hadis riwayat Hudzaifah pula: 
“Apabila Rasulullah SAW berbaring di atas tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” 
Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: 
“Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi). 


Sebuah hadis menerangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca (yang bermaksud):
 “Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan segala urusanku kepadaMu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat yang selamat daripada seksaanMu melainkan kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Kau turunkan dan Nabi yang telah Kau utus.” 
– (Hadis riwayat Bukhari).


Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata:
 “Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangan kanannya di bawah pipi kanannya, 
lalu berdoa: 
“Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – 
(HR. At-Tirmidzi).


Menurut Ummul Mukminin Aisyah r.a. berkata:
 “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – 
(HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).


Walau bagaimanapun, kita juga disunnahkan tidur secara telentang seperti yang terdapat dalam hadis yang sahih di mana Rasulullah  tidur secara terlentang dengan meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: 
“Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” 
– (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).


Berkaitan dengan tidur telungkup atau meniarap pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud :
 “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.”
(HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).


Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:


  1. Berniat ikhlas agar tidur tersebut dapat memberi kekuatan untuk beramal apabila bangun kelak.
  2. Tidur di tempat yang tertutup.
  3. Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
  4. Tidur dalam keadaan suci.
  5. Tidur dalam keadaan berwuduk.
  6. Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur(seperti "3 Qul").
  7. Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).
  8. Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat."
  9. Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.
  10. Bersiwak atau berus gigi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
  11. Membaca doa sebelum tidur..
Di bawah ni video doa hendak tidur...

https://youtu.be/Kykl0YV-wc0



Yang ni pula nasyidnya..
https://youtu.be/Kykl0YV-wc0
0 comments

ADAB-ADAB MENAIKI KENDERAAN

Kenderaan adalah satu alat yang penting dalam kehidupan kita seharian. Saban hari kita menggunakan kenderaan untuk ke setiap destinasi yang ingin dituju. Lantaran itu, kita sebagai pengguna haruslah mematuhi peraturan atau adab semasa menaiki kenderaan.


Di antara adab-adab baik menaiki kenderaan yang perlu dititik beratkan ketika menaiki kenderaan ialah :-

1) Baca Basmallah (Bismillahirrahman nirrahim)


2) Baca doa naik kenderaan.
Baca doa naik kenderaan dan berdoa untuk mencari kebaikan dan ketakwaan agar Allah menghindarkan pemandangan buruk, kesusahan semasa dalam perjalanan serta memudahkan perjalanan. Doa menaiki kenderaan adalah seperti berikut:-

https://youtu.be/hEXRqxGSYnw




3) Mulakan dengan langkah kanan 
Ketika hendak menaiki kenderaan, kita digalakkan agar memulakan langkah dengan kaki kanan.

4) Ikut giliran.
Kita mesti berbaris atau beratur ketika manaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi dan sebagainya. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kejadian seperti terjatuh, terhantuk dan tertolak antara satu sama lain. Selain itu, jika kita mengikut giliran ketika menggunakan kenderaan awam seperti bas akan membantu para penumpang menaiki kenderaan dengan cepat dan selamat.

5) Berdisiplin.
Faktor utama berlakunya kemalangan semasa menggunakan kenderaan ialah tidak berdisiplin dan cuai seperti bermain-main di dalam kenderaan, tidak menghormati penumpang lain dan mementingkan diri sendiri. Sehubungan dengan itu, kita juga dilarang menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan diri dan orang lain seperti melakukan lumba haram atau merempit.

6) Utamakan orang yang lebih memerlukan.
Golongan muda digalakkan mengutamakan golongan warga emas, wanita hamil, orang kurang upaya (OKU), ibu-ibu yang mengendong anak kecil dan kanak-kanak kecil dengan memberikan mereka tempat duduk di dalam mana-mana pengangkutan awam.

Kesimpulannya :

Kita sebagai warga yang prihatin dan berhemah tinggi seharusnya mengamalkan adab-adab menaiki kenderaan pada sepanjang masa dengan demikian dapat melahirkan warganegara yang lebih bertanggung jawab dan bersopan santun dalam apa jua perkara.

Adab-adab diatas amatlah mudah diamalkan. Kekalkan sikap bertenang dan bersopan santun di jalan raya untuk perjalanan yang lebih selamat serta menyeronokkan.
0 comments